Takiyuddin bangkit isu kekurangan jurubahasa, punca kelewatan perbicaraan

KEKURANGAN kakitangan mahkamah, khususnya jurubahasa, didakwa menjadi antara faktor menyebabkan kelewatan prosiding sehingga ada tertuduh terpaksa menjalani tempoh tahanan reman yang panjang sebelum kes mereka dibicarakan.

Isu itu dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta kerajaan menjelaskan langkah menangani kekurangan tenaga kerja serta memastikan proses perbicaraan dapat dilaksanakan tanpa kelewatan berpanjangan.

Beliau mengambil contoh kes seorang lelaki Orang Asli kaum Seletar, Jambi Chang Taa Nam, 47, yang dilaporkan ditahan hampir sembilan tahun di Penjara Johor Bahru selepas didakwa atas kesalahan membunuh.

Jambi, yang dilaporkan sebagai tahanan reman paling lama di negara ini bagi kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibebaskan pada Ogos lalu selepas ditahan sejak 2017.

Menurut Takiyuddin, persoalan turut timbul apabila jumlah perjawatan di bawah Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan kekal sebanyak 5,539 bagi 2026 dan 2027, meskipun terdapat isu kekurangan kakitangan di mahkamah.

“Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, khususnya menteri undang-undang, mengenai jumlah perjawatan yang tidak berubah dari 2026 hingga 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut meminta penjelasan kerajaan mengenai usaha mengatasi kelewatan perbicaraan susulan kenyataan Ketua Hakim Negara bahawa adalah tidak adil seseorang tertuduh terpaksa menunggu lebih dua tahun dalam tahanan sebelum kesnya dibicarakan.

“Kita nak dengar daripada kerajaan perkara ini,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here