Juruteknik pendingin hawa maut selepas motosikal terbabas di LPT2

SEORANG lelaki berusia 23 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 275 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Chukai, Kemaman pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Syukur Adnan yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ sebelum terjatuh di lorong kanan lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Janda Baik, Pahang untuk pulang ke rumah di Kampung Binjai, Kemaman.

“Selepas terjatuh, sebuah MPV jenis Perodua Alza dipandu lelaki berusia 45 tahun dikatakan cuba mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan, namun gagal dan merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala, manakala pemandu MPV dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here