Jurukimpal dipenjara enam tahun, dua sebatan rogol pelajar

SEORANG jurukimpal dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar, hari ini selepas mengaku bersalah merogol kenalannya yang masih bawah umur di kawasan hutan, bulan lalu.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Herwan Abdul Rani, 34, selepas dia membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman penjara, lapor BH.

Mengikut pertuduhan, Herwan didakwa merogol mangsa yang juga pelajar Tingkatan Dua di kawasan hutan berhampiran Taman Kesang Bayu, di sini, antara jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi, 23 Oktober lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Tasnim Saleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung dakwaan anak perempuannya dirogol oleh lelaki yang dikenalinya.

Siasatan awal mendapati mangsa dan tertuduh saling mengenali kira-kira sebulan sebelum kejadian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here