Lelaki warga asing ditahan, disyaki simbah asid kekasih

POLIS menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai menjadi suspek utama kes simbahan asid terhadap teman wanitanya di sekitar PJS 4, di Petaling Jaya, pada 27 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan Jumaat lalu sebelum direman selama lima hari sehingga 4 November ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Mangsa wanita yang melecur akibat disimbah asid itu kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga asing berusia 20-an mengalami kecederaan melecur selepas disimbah cecair berasid.

Shamsudin sebelum ini dilaporkan berkata, kejadian dipercayai membabitkan mangsa dan teman lelakinya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here