Empat lagi lelaki ditahan kes provokasi di Tasek Bera

EMPAT lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden menghalang tugas penguatkuasaan, ugutan jenayah dan khianat membabitkan pekerja serta kenderaan sebuah syarikat di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, dua lagi suspek masing-masing berusia 54 dan 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap pekerja syarikat berkenaan di Kampung Kuala Serting.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Seorang lagi lelaki berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana disyaki sengaja menyebabkan kecederaan serta melakukan khianat terhadap kenderaan milik syarikat sama,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

Katanya, polis masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam insiden itu untuk membantu siasatan lanjut.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes berkenaan, selain memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here