Lima lelaki ditahan kes serang penduduk di Petaling Jaya

LIMA lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes serangan terhadap seorang penduduk menggunakan senjata berbahaya di sebuah taman perumahan di daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 1.03 pagi, 9 Oktober lalu.

Menurutnya, polis turut mengesan video berkaitan kejadian itu yang tular di media sosial.

Beliau berkata, tiga daripada suspek yang ditahan, berusia lingkungan 30 hingga 40-an, mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, manakala dua lagi tidak mempunyai rekod lampau.

“Polis turut merampas sebilah parang dan sebilah gergaji yang disyaki digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata atau objek berbahaya semasa melakukan rusuhan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here