Beberapa kawasan di Shah Alam dinaiki air pagi ini

BEBERAPA  kawasan di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan awal pagi ini, menyebabkan beberapa laluan utama dinaiki air dan menjejaskan pergerakan kenderaan.

Perkongsian pengguna menerusi aplikasi Threads memaparkan keadaan banjir di beberapa lokasi, termasuk Seksyen 13, Setia Alam dan Seksyen 22.

Seorang pengguna Threads, slyuza memaklumkan kawasan di hadapan pusat beli-belah Giant di Seksyen 13 dinaiki air, sekali gus mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

Seorang lagi pengguna, amiruddinsya_ berkongsi maklumat pada 5 pagi bahawa laluan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) antara Setia Alam dan Shah Alam, bagi kedua-dua arah, ditutup akibat banjir.

Persimpangan Shah Alam antara laluan Seafield ke Shah Alam . – Gambar @plustrafik

Sementara itu, pengguna nazriahm.ad memaklumkan pada 3.30 pagi, lebuh raya di sekitar Seksyen 13 masih ditutup, selain menjangkakan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak pagi ini, lapor Bernama.

Pengguna Threads, faraamcl turut berkongsi keadaan kesesakan di laluan masuk ke Lebuhraya NKVE (E1) menghala ke Plaza Tol Shah Alam, ketika orang ramai mula menggunakan laluan berkenaan untuk ke tempat kerja pagi ini.

Dalam pada itu, menerusi laporan terkini akaun X @plustrafik, PLUS Malaysia memaklumkan laluan dari Lebuhraya Guthrie (GCE) menuju ke Plaza Tol Shah Alam ditutup akibat banjir kilat dan pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

Bagaimanapun, semua lorong di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di persimpangan Shah Alam dari arah Seafield menuju Setia Alam, yang ditutup sejak malam tadi, telah dibuka semula, namun pengguna di minta berhati-hati.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here