Banjir Selangor: PM mahu projek tebatan dipercepat, elak rakyat terus jadi mangsa

KERAJAAN tidak mahu rakyat terus berdepan kerugian dan kesusahan akibat banjir berulang setiap tahun, sebaliknya mahu penyelesaian jangka panjang dilaksanakan menerusi usaha mempercepatkan projek tebatan banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu banjir perlu diberikan perhatian serius dan tidak boleh ditangani sekadar dengan menyalurkan bantuan selepas penduduk terjejas.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, perkara itu antara tumpuan ketika mengadakan lawatan ke Jeram, Selangor hari ini bagi meninjau keadaan mangsa serta mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa berhubung permasalahan yang dihadapi.

“Kita tidak boleh terus membiarkan rakyat berdepan musibah yang sama saban tahun tanpa penyelesaian yang tuntas dan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Dalam perkembangan sama, Anwar mengumumkan Bantuan Tunai Tambahan Khas sebanyak RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir yang layak di Selangor.

Pembayaran bantuan berkenaan dijangka bermula esok bagi membantu keluarga terjejas menampung kerugian susulan kerosakan harta benda serta kehilangan kelengkapan asas kediaman.

Anwar berkata, kesusahan yang ditanggung mangsa banjir, khususnya keluarga yang kehilangan barangan keperluan rumah, perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

“Musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor pastinya mengundang keresahan dan kepayahan kepada rakyat, terutama keluarga yang terbeban dengan masalah kerosakan harta benda serta kehilangan kelengkapan asas kediaman,” katanya.

Beliau menegaskan, keutamaan kerajaan bukan sahaja memastikan bantuan sampai kepada golongan terjejas, tetapi turut mencari penyelesaian berkesan supaya penduduk tidak terus berdepan masalah sama hampir setiap tahun.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here