Najib tiba semula di Penjara Kajang sebelum dipindahkan ke kediaman

KONVOI lima kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan Penjara Kajang kira-kira jam 6.10 petang tadi.

Ketibaan itu dipercayai sebahagian daripada persiapan sebelum Najib dipindahkan ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.

KENDERAAN yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak menghampiri Kompleks Penjara Kajang petang ini. GAMBAR: Ahmad Amirul Fahmi Ahmad Pauzi

Difahamkan, Najib dibawa ke Penjara Kajang terlebih dahulu sebelum proses pemindahan ke kediamannya dilaksanakan.

Media sebelum ini melaporkan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu dijangka dibawa keluar dari penjara hari ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkannya menjalani baki hukuman bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin sebelum itu membatalkan perintah pelepasan terdahulu bertarikh 6 November lalu yang dibuat selepas pembayaran denda, sebelum menggantikannya dengan perintah baharu bersyarat.

Menerusi keputusan itu, Najib diperintahkan menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan di kediamannya di Jalan Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028.

Perintah berkenaan dibuat selaras dengan pengampunan diraja bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here