Wanita lemas, tiga selamat dihanyut arus deras

SEORANG wanita lemas manakala tiga lagi selamat selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Jalong Tinggi, Kampung Landap Kerbau dekat Sungai Siput, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 37 tahun ditemukan di tebing seberang sungai yang berarus deras dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Wanita itu telah diberikan bantuan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan menggunakan teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata tiga mangsa yang diselamatkan orang awam ialah seorang lelaki berusia 27 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Sabarodzi berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput digegaskan ke lokasi kejadian sejauh 19 kilometer selepas menerima panggilan pada 5.41 petang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here