Pegawai MPS didakwa lima pertuduhan rasuah RM25,212

SEORANG Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM25,212 bagi membantu mempercepatkan urusan pengeluaran lesen perniagaan dan iklan.

Tertuduh, Muhamad Zulhilmi Muhamad, 35, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Jabatan Perlesenan MPS didakwa memperoleh suapan daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah atau runner bagi membantu dan mempercepatkan urusan pengeluaran lesen perniagaan serta iklan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam tempoh antara 2019 hingga 2023.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM15,000 bagi kesemua lima pertuduhan dengan beberapa syarat tambahan.

Antaranya, tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Selangor pada minggu pertama setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mohd Alimi Mustapha manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Syawal Mohd Razak daripada firma guaman Syawal Razak & Co.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here