CEO syarikat buah didakwa tipu pembelian dusun durian RM1.65 juta

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan serta sayur-sayuran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menipu berkaitan pembelian dusun durian bernilai RM1.65 juta.

Tertuduh, Chan Huann Heng membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Dli.

Mengikut pertuduhan, Huann Heng didakwa melakukan penipuan sehingga mendorong penyerahan wang berjumlah RM1.65 juta menerusi invois syarikatnya bagi urusan pembelian dusun durian di Raub, Pahang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 dan menetapkan 30 November ini untuk pengurusan kes.

Huann Heng ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam.

Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai berlaku pada Februari 2024, namun urusan pembelian dusun durian berkenaan tidak direalisasikan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here