Pekerja swasta didenda RM75,000 rasuah pegawai JAS RM15,000

MAHKAMAH Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM75,000 ke atas seorang pekerja wanita warga emas selepas mengaku bersalah memberi rasuah berjumlah RM15,000 kepada seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Februari 2025.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Chan Suit Seong, 61, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan wakil syarikat Sumber Bumi Sdn Bhd memberikan wang suapan berjumlah RM15,000 secara tunai kepada seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya pada 25 Februari 2025.

Wang tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premis syarikat tersebut yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi manakala tertuduh diwakili peguam Preakas Sampunathan.

Hakim Awang Kerisnada menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM75,000 dan penjara selama dua tahun sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah turut memutuskan wang suapan RM15,000 yang disita dalam kes ini dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img