BN-PN bentuk kerajaan, menang majoriti dua pertiga 19 kerusi

BARISAN Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi telah memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 19 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat ini, untuk mentadbir kerajaan negeri.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Operasi BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, kira-kira jam 8.30 malam ini, lapor Bernama.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan BN-PN menang di kerusi DUN Rembia, Taboh Naning, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Rim, Asahan, Bukit Katil, Telok Mas, Gadek dan Machap Jaya.

BN-PN juga secara tidak rasmi memenangi DUN Bemban, Kelebang, Paya Rumput dan  Ayer Molek.

Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di empat kerusi iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana setakat jam 8.20 malam ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here