Lelaki maut ditembak rakan sekerja di Bukit Mertajam

SEORANG  lelaki maut dipercayai ditembak individu dikenalinya di depoh simpanan minyak di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata polis kini giat mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu.

“Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang dan mangsa berusia 41 tahun dipercayai terkena tiga das tembakan yang dilepas suspek yang dipercayai rakan sekerjanya yang berusia lingkungan 40-an.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here