Dakwaan Saarani mohon bubar DUN Perak tidak benar

PEJABAT Menteri Besar Perak menafikan dakwaan kononnya Datuk Seri Saarani Mohamad telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Negeri Perak.

Penafian itu dibuat susulan penyebaran maklumat berkenaan di beberapa platform media sosial yang disifatkan sebagai tidak benar serta tidak mempunyai asas.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini, pihaknya turut mengesan penyebaran grafik menyerupai laporan berita televisyen selain bahan berita lama yang dikitar semula sehingga mencetuskan kekeliruan mengenai status semasa Dewan Negeri Perak.

“Pejabat Menteri Besar Perak memandang serius penyebaran maklumat tidak benar, khususnya yang mengaitkan institusi diraja dan pentadbiran Kerajaan Negeri,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil terhadap individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat berkenaan.

Orang ramai turut diingatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat menerusi saluran rasmi sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita tidak sahih.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here