Fahmi seru ibu bapa kurangkan masa skrin anak-anak

IBU bapa dan masyarakat diseru memainkan peranan membantu kanak-kanak membina tabiat digital sihat dengan mengurangkan masa menghadap skrin serta memperbanyak aktiviti di dunia sebenar.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran selamat dan dilindungi, termasuk ketika menggunakan kemudahan dalam talian.

GAMBAR: Facebook Fahmi Fadzil

Menurutnya, perkembangan dunia digital ketika ini memerlukan ibu bapa membimbing anak-anak supaya mengamalkan penggunaan teknologi secara lebih seimbang.

“Dunia yang semakin digital ini memerlukan kita membantu mereka membina tabiat yang sihat. Kurangkan screen time, lebihkan masa untuk bermain, bergerak, belajar dan berinteraksi dengan dunia sebenar.

“Tanggungjawab kita bukan sekadar menjaga mereka hari ini, tetapi memastikan mereka membesar dengan sihat, yakin dan bersedia menghadapi masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia hari ini.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai hak, kebajikan dan pelbagai isu yang dihadapi kanak-kanak di seluruh dunia.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here