Dua beradik rentung di Sik dipercayai menumpang di stor pejabat gudang simpanan tong gas

DUA  beradik yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua, Sik pagi tadi, dipercayai menumpang di stor pejabat gudang simpanan tong gas itu dengan ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Sik Superintenden Syamzury Saman berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Raifal Abdul Latif, tiga, dan adiknya Aishah Umairah, 16 bulan manakala ibu mereka yang berusia 23 tahun selamat dalam kejadian itu.

“Dua beradik itu tinggal dengan ibu mereka yang menumpang sementara di situ manakala datuk mangsa berusia 42 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori tong gas berada di bilik lain kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Syamzury berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dengan pasukan forensik polis dan bomba telah hadir ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata mayat dua beradik itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Terdahulu, bomba yang menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 6.11 pagi menemukan dua beradik tersebut rentung dalam keadaan berpelukan di atas katil.

Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berukuran kira-kira 20×10 kaki dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here