Hati-hati akaun palsu guna nama Kementerian Kewangan di Threads

ORANG  ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan akaun palsu di platform Threads yang menggunakan nama serta gambar Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di Facebook hari ini meminta orang ramai tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi atau berinteraksi dengan akaun berkenaan.

“MoF turut menggesa orang ramai agar tidak mengikuti, mempercayai atau menyebarkan sebarang kandungan daripada akaun palsu tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan identiti. Pastikan setiap maklumat yang diterima disemak melalui saluran komunikasi rasmi Kementerian Kewangan,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memuat naik tangkap layar akaun palsu tersebut yang menggunakan nama dan gambar Johan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here