‘’Saya tahu apa saya buat’’ – Rauf jawab isu pelantikan timbalan Exco

PENDEKATAN pelantikan timbalan Exco dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri Melaka bukan perkara baharu dan pelantikan itu dilakukan bagi memastikan rakyat negeri itu mendapat perkhidmatan terbaik.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata amalan yang diteruskan pada penggal ini, adalah bagi membantu anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menjalankan tugas dengan lebih efisien, berdasarkan portfolio masing-masing seperti yang dilaksanakan pada penggal lepas.

“Jadi (ini) negeri, saya…diamanahkan untuk menguruskannya dan saya juga bertanggungjawab dalam memastikan bahawa rakyat Melaka akan mendapat perkhidmatan kerajaan yang terbaik, daripada struktur yang saya susunkan,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni 165 calon Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, di Melaka hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai perbandingan yang dibuat antara Melaka dengan Selangor berhubung bilangan Exco, susulan pelantikan timbalan Exco di Melaka.

Rauf berkata setiap pelantikan dalam pentadbirannya dinilai berdasarkan keperluan, keberkesanan serta kepentingan rakyat, dalam memastikan pengurusan negeri dilaksanakan dengan berkesan, pantas dan lebih tersusun.

“Kita masih ikut peraturan…bilangan anggota Exco Melaka kekal 10 orang selain Ketua Menteri, selaras dengan garis panduan sedia ada. Kita dah buat kajian.

“Hendak dibandingkan dengan Selangor, jumlah kerusi yang dimenangi pun berbeza. Jadi siapa nak persoalkan tentang Melaka? Saya tahu apa yang saya buat sebab struktur yang disusun, sesuai untuk Melaka. Kita tidak ada perbelanjaan besar, masih sama,” katanya.

Pada 19 Nov, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, bagi membentuk barisan pentadbiran baharu negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.]



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here