Penuntut UTeM cedera, kereta rempuh rumah dan Myvi

SEORANG penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah rumah dan kereta yang diletakkan di Jalan Kampung Tehel, Jasin, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 23 tahun itu memandu Proton Satria dari arah Jasin menghala ke Bukit Katil sebelum hilang kawalan.

Menurutnya, kereta berkenaan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh sebuah rumah serta Perodua Myvi yang diparkir di hadapan kediaman itu.

“Rempuhan kuat menyebabkan Proton Satria terbalik dan Perodua Myvi mengalami kerosakan teruk, manakala bahagian beranda serta bumbung hadapan dan sisi rumah turut roboh.

“Pemandu mengalami kecederaan ringan di bahagian tengkuk, pinggang serta calar pada badan dan dibawa ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi, lapor Sinar Harian.

Lee berkata, pemilik Perodua Myvi yang bekerja sebagai pegawai bank dan ibunya berusia 64 tahun, yang juga pemilik rumah, tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, semakan mendapati pemandu Proton Satria itu mempunyai 15 rekod saman trafik yang sudah dilunaskan dan disyaki tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub turut melawat lokasi kemalangan serta mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi kerja pembersihan struktur runtuhan rumah untuk meringankan beban mangsa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here