Anwar nafi kerajaan sebar dokuman pengampunan bersyarat Najib

DATUK Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kepada umum.

Perdana Menteri turut menafikan dokumen pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak disebarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, AGC sebaliknya menyahklasifikasikan sebahagian dokumen berkaitan bekas Perdana Menteri itu bagi persediaan menghadapi kes di mahkamah.

“Tidak ada. Tidak benar kerana yang berlaku adalah keputusan Peguam Negara untuk mempersiapkan kes jawapan di mahkamah, itu sahaja,” katanya.

Anwar berkata, pihak yang menyebarkan dokumen berkenaan wajar disiasat dan meminta supaya kerajaan tidak dituduh mengedarkannya tanpa bukti.

“Jadi siapa (menyebarkan dokumen terbabit) patut disiasat, jangan buat tohmahan mengatakan kerajaan edarkan,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai dakwaan kerajaan menyahklasifikasikan dokumen pengampunan bersyarat Najib dan mendedahkannya kepada umum.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here