Lelaki ada 39 rekod jenayah ditahan, aktif curi kenderaan

POLIS menahan seorang lelaki berusia 51 tahun yang mempunyai 39 rekod jenayah lampau selepas disyaki mencuri sebuah Proton Iswara di kawasan parkir PPR Sri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 9 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, kejadian itu turut tular di media sosial.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek turut dikaitkan dengan kehilangan sebuah van Toyota Liteace sebelum ini.

“Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan sebuah Proton Iswara pada 23 November lalu, jam 4.44 petang.

“Laporan dibuat seorang wanita tempatan berusia 40 tahun selepas mendapati kenderaan miliknya yang diletakkan di kawasan parkir PPR Sri Cempaka, Pantai Dalam hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan susulan polis membawa kepada penahanan suspek serta rampasan kedua-dua kenderaan yang dilaporkan hilang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here