Pesara rugi RM776,000 diperdaya ‘Diana’ dalam pelaburan saham tidak wujud

SEORANG pesara sektor swasta mengalami kerugian RM776,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud dalam talian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, lelaki berusia 61 tahun itu membuat laporan polis semalam selepas menyedari dirinya ditipu.

Menurutnya, mangsa mula tertarik dengan iklan pelaburan bertajuk ‘Investment Learning’ di Facebook pada Julai lalu sebelum berkenalan dengan seorang wanita yang menggunakan nama Diana.

Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan diberikan panduan untuk menyertai pelaburan saham.

Katanya, wanita berkenaan menawarkan skim pelaburan yang didakwa mampu memberikan keuntungan sehingga 15 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan.

“Bermula Julai hingga November, mangsa membuat lima transaksi pindahan wang bagi tujuan pelaburan berjumlah RM776,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadzrat Hussein berkata, transaksi itu membabitkan lima akaun syarikat berbeza.

Mangsa turut diminta membuat bayaran tambahan kononnya bagi meningkatkan kadar komisen.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here