Wanita warga Jepun maut terjatuh dari aras tiga KLIA2

SEORANG wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari balkoni aras tiga Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi itu, wanita terbabit dilaporkan terjatuh ke kawasan pemunggahan barangan (loading bay) di terminal berkenaan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia akibat kejadian itu.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian untuk memberikan rawatan kecemasan mengesahkan wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat wanita berusia 22 tahun itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah di Serdang untuk proses bedah siasat.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan polis dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Punca kejadian masih lagi di dalam siasatan pihak polis. Siasatan dijalankan mengikut prosedur kematian mengejut (SDR). Pihak kedutaan juga telah dimaklumkan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here