AKPS rampas kokain 3.3kg bernilai hampir RM1.48 juta di KLIA

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menggagalkan cubaan menyeludup masuk kokain seberat 3.3 kilogram bernilai hampir RM1.48 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Ahad lalu.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan, rampasan dibuat kira-kira jam 8 malam selepas pihaknya menahan seorang penumpang lelaki warga Indonesia berusia 61 tahun.

Menurutnya, suspek ditahan sebaik sahaja tiba dari Freetown, Sierra Leone melalui beberapa negara transit sebelum tiba di Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan oleh pegawai AKPS dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggunakan mesin pengimbas mendapati terdapat imej mencurigakan pada sebuah beg tangan dan bagasi milik suspek.

“Pemeriksaan lanjut menemukan tujuh peket disyaki kokain yang disorokkan pada lapisan dalam beg tangan serta bahagian sisi bagasi,” kata kenyataan itu.

Agensi itu berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua dadah yang dirampas diserahkan kepada Unit Penguatkuasaan KLIA untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img