Bekas pemain Kelantan FA 2019 suspek kes tembak di Sungai Golok

BEKAS pemain Kelantan FA tahun 2019 disahkan sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam kes tembakan terhadap rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, susulan kejadian tersebut, polis  memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi membantu pihak berkuasa memburu suspek.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek mungkin melarikan diri ke negara ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, setakat ini polis Kelantan masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung kejadian tersebut.

Pada tahun 2019, suspek yang beraksi di posisi penjaga gol pernah bermain bersama Kelantan FA.

Sebelum itu, suspek turut mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Yala United FC dan PT Prachuap FC.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.

Ibu Allahyarham, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, beliau dimaklumkan mengenai kematian anaknya oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img