Dua beradik tiri maut kereta terbabas di PLUS berhampiran Tanjong Malim

DUA beradik tiri maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 388 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Tanjong Malim, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa masing-masing berusia 18 dan enam tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak berusia enam tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.

Menurutnya, pemandu kenderaan berkenaan, lelaki berusia 27 tahun dan seorang penumpang wanita berumur 20 tahun turut cedera sebelum dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari Perlis menghala ke Kuala Lumpur sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar besi penghadang.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Taufiq Abd Aziz di talian 016-418 4507.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.35 pagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here