9 parah insiden tikaman dalam kereta api di UK, 2 ditahan

SERAMAI 10 orang kini sedang dirawat di beberapa hospital di Britain termasuk sembilan yang cedera parah selepas serangan tikaman di dalam kereta api dari Doncaster ke London King’s Cross di London, lewat Sabtu malam.

Menurut Anadolu Ajansi, dua individu ditahan selepas beberapa mangsa ditikam dalam kejadian di dalam kereta api berkenaan.

Polis Pengangkutan Britain memaklumkan yang pegawai unit antikeganasan sedang membantu siasatan bagi menentukan keadaan serta motif di sebalik serangan.

Saksi kejadian memberitahu BBC, seorang lelaki dengan lengan berlumuran darah dilihat berlari melalui gerabak sambil menjerit, “Mereka ada pisau,” manakala seorang lagi saksi melaporkan melihat polis menggunakan senjata renjat terhadap seorang lelaki di platform.

Perdana Menteri, Keir Starmer menyifatkan serangan sebagai “amat membimbangkan” dan menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Saya amat prihatin dengan semua yang terkesan dan saya ucapkan terima kasih kepada pasukan kecemasan atas tindakan pantas mereka,” katanya di X.

Menteri Dalam Negeri, Shabana Mahmood berkata, beliau “amat sedih” mengenai insiden tikaman itu.

Saya meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang komen atau spekulasi pada peringkat awal ini,” katanya di X.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img