Tunku Ismail dakwa tindakan FIFA tidak berasaskan undang-undang, lebih bermotifkan politik

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya tidak berasaskan undang-undang dan lebih ‘bermotifkan politik’.

Menurut Tunku Ismail, FIFA terus menghukum para pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang.

“Sedangkan Artikel 22 dalam kod FIFA menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan dan perkara itu langsung tidak terpakai kepada para pemain.

“Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bersifat ‘bermotif politik’ berbanding sebab yang sebenar.

“Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang memilih untuk membuat bising, tetapi saya memilih untuk berdiri dan menyokong perjuangan berhabis-habisan demi para pemain, yang kini akan diteruskan ke CAS (Court of Arbitration for Sport) sebuah badan bebas,” titah baginda yang dimuat naik dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dalam satu kenyataan malam tadi melaporkan, FIFA menolak rayuan FAM berhubung dakwaan pemalsuan dokumen kelayakan tujuh pemain warisan.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan menulis kepada badan induk bola sepak dunia itu untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya, mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“FAM telah menerima keputusan rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), di mana rayuan kami telah ditolak,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook FAM.

Pada 26 September lalu, FAM bersama-sama tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img