Israel belanja RM320.5 bilion untuk hancurkan di Gaza, perang dengan Iran, serang Lubnan

PERBELANJAAN  ketenteraan Israel dilaporkan melonjak kepada AS$76.3 bilion sejak serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza bermula dua tahun lalu, menurut data rasmi.

Penyiar awam Israel, KAN, yang memetik data daripada Kementerian Kewangan, melaporkan bahawa kos peperangan setakat ini berjumlah AS$76.3 bilion (RM320.5 bilion)

Menurut pegawai kanan kementerian, laporan itu menyatakan bahawa pihak pertahanan telah menyalahgunakan hari perkhidmatan simpanan, yang membawa kepada “pembaziran berbilion-bilion dolar” dalam pembayaran kepada anggota simpanan semasa tempoh perkhidmatan mereka.

Menteri Kewangan berhaluan kanan, Bezalel Smotrich, berkata dalam satu sidang media pada Selasa bahawa “adalah perlu untuk meningkatkan bajet pertahanan bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi Israel dalam tahun-tahun akan datang,” tanpa memberikan perincian lanjut, menurut laporan itu.

Tiada butiran lanjut diberikan mengenai ke mana perbelanjaan itu disalurkan, namun jumlah tersebut dipercayai merangkumi kos daripada kempen ketenteraan Israel di Gaza, Lubnan dan Iran sejak Oktober 2023.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 10 Oktober, di bawah pelan 20 perkara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Fasa pertama termasuk pembebasan tebusan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin. Pelan itu juga merangkumi usaha membina semula Gaza dan menubuhkan mekanisme pemerintahan baharu tanpa kehadiran Hamas, menurut laporan Anadolu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 240 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 600 cedera sejak gencatan senjata itu bermula.

Sejak 7 Oktober 2023, tentera Israel dengan sokongan AS telah melancarkan perang genosid terhadap penduduk Gaza. Serangan ini setakat ini mengorbankan lebih 68,600 rakyat Palestin, dengan lebih 170,000 lagi cedera.

Sebahagian besar penduduk telah dipindahkan, dan kemusnahan infrastruktur disifatkan sebagai yang paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua. Ribuan orang masih hilang.

Selain serangan ketenteraan, sekatan Israel telah menyebabkan kebuluran buatan manusia, yang telah meragut ratusan nyawa — kebanyakannya kanak-kanak — dan ratusan ribu lagi berada dalam bahaya.

Walaupun menerima kecaman antarabangsa yang meluas, tindakan untuk mempertanggungjawabkan Israel masih terhad.

Negara itu kini sedang disiasat atas tuduhan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), manakala pemimpinnya  seperti Perdana Menteri Benjamin Netanyahu disenaraikan sebagai suspek jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img