Dua aktivis Global Sumud dijangka didakwa mahkamah Israel

DUA aktivis asing daripada Misi Bantuan Kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza dijadual hadir ke mahkamah Israel hari ini.

Dua aktivis berkenaan adalah warga Sepanyol, Saif Abu Keshek, dan warga Brazil, Thiago Avilo, yang dijadual dibawa ke mahkamah di Ashkelon.

Flotila yang disertai lebih 50 kapal itu belayar dari Perancis, Sepanyol dan Itali dengan tujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza serta membawa bekalan bantuan ke wilayah Palestin yang musnah akibat perang.

Bagaimanapun, kapal-kapal tersebut dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Greece pada Khamis lalu.

Israel memaklumkan kira-kira 175 aktivis ditahan, dengan dua daripadanya dibawa ke Israel untuk disoal siasat.

Dalam perkembangan terbaharu, menurut Penyelaras Advokasi Antarabangsa kumpulan hak asasi Adalah, Miriam Azem, setakat ini kedua-dua mereka belum dibawa ke mahkamah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img