Namewee akhirnya serah diri kepada polis susulan siasatan kes bunuh

PENYANYI kontroversi Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee, menyerah diri awal pagi ini sambil menyatakan tidak akan sesekali melarikan diri susulan dikaitkan dengan satu kes pembunuhan.

Namewee berkata, dia sebenarnya datang ke Kuala Lumpur dari Johor selepas dipanggil polis sambil memaklumkan terbuka dan bersedia untuk memberi kerjasama dalam siasatan berkenaan.

“Saya kini berada di balai polis dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan, agar masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan sewajarnya.

“Saya tidak akan melarikan diri. Saya telah hadir ke balai polis secara sukarela bagi semua tujuh waran tangkap yang lalu dan tidak pernah cuba melarikan diri,” katanya dalam hantaran media sosial.

Polis semalam memaklumkan sedang mengesan Namewee susulan kematian pempengaruh media sosial Taiwan, Hsieh Yu-hsin.

Hsieh dilaporkan bertemu Namewee di sebuah hotel di ibu negara untuk berbincang mengenai penggambaran video bersama. Beliau dikatakan menemui Hsieh mati dalam tab mandi.

Namewee ditahan polis pada 22 Oktober di hotel berkenaan, di mana pihak berkuasa menemui sembilan pil biru disyaki ekstasi dalam bilik penginapannya. Beliau kemudian didapati positif amphetamin, methamphetamine, ketamin dan THC.

Penyanyi kontroversi itu didakwa atas kesalahan pemilikan dan penggunaan dadah, namun mengaku tidak bersalah. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Semalam, Polis Kuala Lumpur mengklasifikasikan semula kematian Hsieh sebagai kes bunuh, sebelum diklasifikasikan sebelum ini sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, Namewee akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img