Polis tahan 13 individu berhimpun depan istana Kelantan bersama pelbagai senjata tajam

POLIS menahan seramai 13 individu kerana menyertai perhimpunan di depan Istana Negeri Kelantan di Kubang Kerian pagi semalam.

Dalam perhimpunan itu yang diadakan kira-kira 11.40 pagi, kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli berusia antara 26 hingga 67 tahun.

Menurut Kosmo! yang memetik sumber, kesemua 13 individu yang ditahan itu kini direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Katanya, pemeriksaan polis menjumpai senjata tajam seperti keris, lembing, kelewang, pedang dan benet daripada beberapa suspek.

“Selain itu, kayu, tongkat buluh, teko tembaga, cawan tembaga, rantai manik, duit syiling pelbagai mata wang, akar kayu dan songket berwarna kuning turut dirampas,” kata sumber itu sambil menambah motif perhimpunan masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img