Pelajar lelaki warga China maut jatuh dari tingkat 18 kondominium

SEORANG pelajar warga China ditemukan mati dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan hari ini.

Mayat lelaki berusia 18 tahun yang dikatakan pelajar sebuah kolej swasta di Nilai itu ditemukan terbaring di aras lima bangunan berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki warga asing meninggal dunia.

“Penghuni di kawasan kondominium yang melihat lelaki itu kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999.

“Siasatan awal mendapati pelajar berkenaan tinggal di kawasan perumahan tersebut bersama seorang rakan senegaranya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemeriksaan awal oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mendapati tiada kesan kecederaan luaran yang mencurigakan pada tubuh mangsa, selain pendarahan di bahagian telinga dan ruam pada badan.

Tambahnya, tiada barangan peribadi mangsa dilaporkan hilang di dalam rumahnya.

“Lantai di lokasi kejadian didapati basah dipercayai akibat mangsa terkencing semasa kejadian.

“Mayatnya telah dihantar ke Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

Abdul Malik berkata, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian bagi menghormati keluarga mangsa serta tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-790 2222,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img