PRN Sabah : Kecewa Jeffery tak tunai janji, Ketua Pemuda STAR letak jawatan

KECEWA dengan tindakan Presiden STAR Datuk Jeffery Kitingan yang didakwa tidak menunaikan janji Ketua  Pemuda partti Jordan Jude Ellron meletak jawatan.

Katanya, Jeffrey gagal menunaikan janji memberi peluang kepada calon muda bertanding pada PRN Sabah pada 29 November ini.

Jordan berkata, tiada seorang pun wakil sayap Pemuda diberi peluang bertanding, berbeza dengan pengumuman Kitingan sebelum ini yang turut menamakannya sebagai calon DUN Tulid.

Namun, menerusi pengumuman hari ini, Evaritus Gungkit dinamakan sebagai calon STAR di kerusi terbabit.

Menurut Jordan, Kitingan sebelum ini menjanjikan kuota 30% kerusi DUN bagi orang muda tetapi pengumuman calon hari ini menunjukkan sebaliknya.

“Pendirian presiden tidak konsisten. Kalau saya sebagai ketua Pemuda pun boleh diumumkan secara terbuka dan kemudian ‘diprank’, bagaimana pula nasib orang bawahan?”

“Saya berkorban supaya presiden membuka mata dan tidak ulang kesilapan sama terhadap generasi muda akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, Jordan mengumumkan beliau akan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Tulis.

Selain Jordan,  turut diketepikan ialah Timbalan Ketua Pemuda STAR Razzidin Robert yang sebelum ini diumum sebagai calon DUN Bingkor diganti dengan Mohd Ishak Ayub di kerusi tersebut.

STAR akan bertanding 40 kerusi pada pilihan raya tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img