TEMUBUAL Cristiano Ronaldo bersama Morgan minggu lalu mencetuskan perbincangan hangat mengenai pendapatannya.
Menurut The Sun, Ronaldo memperoleh sehingga £488,000 (RM2.64 juta) sehari, dan jam tangan yang dipakainya semasa temu bual bersama Morgan dianggarkan bernilai £1.1 juta (RM5.97 juta)
Akhbar itu melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo, 40 tahun, kini memperoleh pendapatan yang luar biasa — sebanyak £488,000 (RM2.64 juta) sehari di Arab Saudi.
Pada musim panas lalu, beliau menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan bersama kelabnya, dengan menerima bonus tandatangan sebanyak £24.5 juta (RM132.8 juta) .Jika beliau mengaktifkan tahun kedua dalam kontraknya, bonus itu akan meningkat kepada £38 juta (RM206.07 juta).
Dalam temu bual terbarunya bersama Morgan Stanley, Ronaldo memilih untuk memakai jam tangan Jacob & Co Twin Turbo Furious Baguette, yang diperbuat daripada emas putih 18 karat. Hanya 18 unit jam tangan mewah ini wujud di seluruh dunia.
Dalam temu bual itu, Ronaldo turut berbicara secara terperinci mengenai kekayaannya sejak menjadi pemain bola sepak pertama bergelar bilionair (menurut Bloomberg Billionaires Index).
Beliau memberitahu Morgan: “Mencapai angka itu adalah matlamat saya. Saya bukan taksub dengan wang, tetapi apabila anda mencapai tahap tertentu, wang tidak lagi menjadi keutamaan — walaupun lebih banyak, lebih baik.
“Nombor tidak menipu. Jika anda lihat begitu banyak rekod dalam bola sepak, ‘Ronaldo di puncak, satu lagi rekod bakal dipecahkan,’ itu tidak mengejutkan saya, kerana saya tahu potensi diri saya — di dalam dan di luar padang. Saya tahu saya akhirnya akan mencapai angka itu.’’



