Tang Jie-Ee Wei juara beregu campuran Terbuka Australia

BEREGU campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kejuaraan kedua musim ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney hari ini.

Pada aksi final kejohanan Super 500 yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard itu, juara dunia dan pilihan utama itu meneruskan dominasi untuk mengecewakan pilihan kedua dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit.

Kejayaan itu melebarkan rekod bersih lima kemenangan Tang Ji-Ee Wei ke atas gandingan ranking ke-11 dunia berkenaan.

Ia juga adalah pentas final ketiga Tang Jie-Ee Wei musim ini selepas muncul juara dunia pada Ogos lepas.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 (kira-kira RM155,835).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img