Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ meninggal dunia akibat serangan jantung

KETUA  Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Anuar Abdul Ghani meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pakar KPJ Abdul Samad Johor Bharu petang tadi pada usia 62 tahun.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Ranhill SAJ Ahmad ‘Asri Khalbi.

Anuar yang berpengalaman hampir empat dekad dalam industri air terawat dan tokoh ternama dalam sektor itu di peringkat nasional serta antarabangsa, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak, lapor Bernama.

Di bawah kepimpinannya, Ranhill SAJ mencatat pelbagai pencapaian penting termasuk peningkatan kecekapan operasi, pelaksanaan pembaharuan teknologi serta penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) terendah dalam negara.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Dagang, Kota Tinggi pagi esok.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img