Bomba sukarela tumpu kerja pembersihan kawasan terjejas banjir di Hulu Langat

PASUKAN Bomba dan Penyelamat Sukarela daerah Hulu Langat kini memberi tumpuan kepada usaha membersihkan kawasan awam serta surau yang terjejas akibat banjir di daerah itu semalam.

Ketua Pegawai Kanan Operasinya, Rohazmi Kanafih berkata, paras air kini agak stabil namun keadaan cuaca masih tidak menentu dengan hujan turun tidak sekata di beberapa kawasan.

“Hulu Langat sering menjadi kawasan berisiko banjir apabila hujan lebat berterusan. Antara kawasan terjejas termasuk kawasan di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, perumahan Sungai Serai serta Kampung Batu 10.

“Banjir semalam lebih teruk berbanding banjir sebelum ini kerana air dari bukit turun dalam kuantiti banyak menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air,” katanya kepada UtusanMelayuPlus.

ROHAZMI Kanafih di hadapan salah satu jentera Bomba Sukarela Hulu Langat yang digunakan untuk kerja pembersihan kawasan yang terjejas banjir di sekitar Hulu Langat.
GAMBAR: NURUL SHAFINA JEMENON
VIDEO: MOHAMAD REDZWUAN MANSOR
utusanmelayuplus

Beliau berkata, cabaran utama dalam proses pembersihan adalah lumpur tebal yang dibawa bersama air hujan dari bukit.

“Di surau tertentu, paras lumpur boleh mencecah setinggi 0.3 meter, sekali gus menyukarkan kerja pembersihan,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan bomba sukarela sentiasa bersiap sedia setiap hujung tahun dengan kelengkapan termasuk bot dan peralatan menyelamat di air bagi menghadapi banjir.

“Persediaan rapi amat penting bagi memastikan operasi penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir berjalan lancar,” katanya.

 

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img