HAMPIR 100 petugas media di Lembah Klang menghadiri program Kendurian CBP Bersama Media yang dianjurkan oleh Co-op Bank Pertama (CBP) di sebuah restoran di Taman Nirwana Ampang, Kuala Lumpur malam tadi.
Program bermula pukul 7.30 malam hingga 9.30 malam itu berjaya mengumpulkan kalangan petugas media cetak dan media elektronik selain merapatkan hubungan mesra antara media dan syarikat perbankan itu.

GAMBAR: NURUL SHAFINA JEMENON
Ketua Pegawai Operasi CBP, Syaiful Arief Syah Mohamed Said berkata, media banyak memberi sokongan kepada CBP selama 75 tahun penubuhan bank itu dan ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan bagi merapatkan hubungan antara CBP bersama media.

“Selain itu, aktiviti seperti ini juga merupakan kaedah komunikasi korporat yang diambil oleh CBP untuk menghargai rakan-rakan media di samping dapat berkenalan dengan petugas media.
Menurut beliau, program bersama media ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh bank berkenaan dan berharap hubungan baik antara media dengan institusi kewangan itu terus kukuh.
Pihaknya juga akan mempelbagaikan program bersama media demi memastikan tiada ruang pemisah antara kedua-dua pihak.

GAMBAR: NURUL SHAFINA JEMENON
Kata beliau, antara juadah yang dihidangkan kepada petugas media malam tadi adalah 125 biji durian musang king, kambing bakar, buah-buahan tempatan selain makanan makan malam lain iaitu nasi goreng, ayam tandoori dan murtabak.


