Lelaki dipukul hingga mati, dua warga asing ditahan

DUA  lelaki warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang lelaki hingga maut dalam kejadian di Lorong 5, Kampung Pandan, Kuala Lumpur ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan berhubung kejadian diterima oleh pihaknya berhubung kejadian sekitar pukul 12.01 tengah malam.

“Mangsa seorang lelaki berumur 22 tahun didapati terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan keadaan kepala berdarah serta luka di tapak tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.33 pagi hari ini.

Mohamad Lazim berkata, pihaknya berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Sebelum ini, tular klip video pergaduhan sekumpulan individu bersenjata dipercayai berlaku di Kampung Pandan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img