Akmal jual Honda X-ADV, ikan tilapia bayar saman fitnah Teresa Kok

DALAM usaha untuk mengumpul wang bagi membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000 Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh membuka bidaan untuk motosikal Honda X-ADV miliknya dan ikan tilapia ternakannya.

Melaui Facebook, bekas ADUN Merlimau itu berkata, sejujurnya beliau  menghormati keputusan mahkamah dan bersedia mematuhi perintah itu.

‘’Tanggungjawab untuk menjelaskan jumlah tersebut akan saya pikul sepenuhnya. Namun, izinkan saya berusaha sendiri dahulu. Saya tahu setiap sahabat juga mempunyai keluarga, tanggungan dan kesusahan masing-masing.

‘’ Sebab itu, selagi masih ada milik saya yang boleh dilepaskan, izinkan saya mengusahakannya dahulu. Sejujurnya juga, RM300,000 itu sangat besar bagi diri saya. Apabila dihitung segala simpanan yang ada, jumlahnya masih belum mencukupi.

‘’Sebab itu, dengan berat hati, saya membuka bidaan untuk dua aset kesayangan saya motosikal Honda X-ADV dan kkan tilapia ternakan saya,’’ katanya.

Pada 19 Oktober lalu, beliau diperintahkan membayar sejumlah RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok oleh Mahkamah Tinggi Melaka dalam kes saman fitnah.

Daripada jumlah berkenaan, RM250,000 merupakan ganti rugi am dan teruk, manakala RM50,000 lagi adalah kos mahkamah.

Akmal berkata,dua aset yang telah habis dibayar dan boleh  jual serta menjelaskan beliau tidak mempunyai tanah atau rumah yang boleh dijual untuk mencukupkan jumlah ini.

‘’Kedua-duanya ada cerita, penat lelah dan kegembiraan yang tersendiri buat saya. Sebab itu, hendak menulis bahawa saya mahu menjualnya pun terasa berat. Berat hati hendak berpisah dengan sesuatu yang kita sayang. Namun, lebih berat hati saya jika terpaksa menyusahkan orang lain sedangkan masih ada milik sendiri yang boleh saya usahakan,’’ katanya.

Beliau berkata, pembida  boleh memasukkan deposit RM100 ke akaun saya, kemudian menghantar resit berserta aset yang ingin dibida dan jumlah tawaran.

‘’Sekiranya bidaan tidak berjaya, deposit RM100 akan dipulangkan sepenuhnya. Kepada sahabat yang mendoakan, terima kasih. Jangan rasa serba salah jika tidak dapat membeli atau membantu. Doa dan kata-kata semangat kalian pun sudah cukup besar maknanya buat saya,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here