Pejalan kaki maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

SEORANG lelaki berusia 41 tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pejalan kaki pada jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan mendapati kereta jenis Mazda 3 dipandu lelaki tempatan berusia 43 tahun sedang bergerak lurus di lorong kanan dari arah Pasir Gudang menghala ke Bukit Indah.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu merempuh pejalan kaki lelaki itu yang secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kiri ke kanan di Jalan Persisiran Perling di sini.

“Akibat rempuhan itu, pejalan kaki berkenaan cedera di kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hafiz Aminuddin, menerusi talian 011-35807871.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here