Anggota polis cedera dilanggar pikap ketika iringi delegasi ASEAN

SEORANG  anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas dilanggar pikap ketika mengiringi delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di  Lebuhraya Elite, di Kuala Langat, hari ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 tengah hari ketika anggota terbabit menjalankan tugas pengiring konvoi rasmi.

“Mangsa berpangkat Koperal berusia 35 tahun yang menunggang motosikal Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) patah kaki bahagian betis kiri serta mengalami kecederaan di pergelangan kaki dan lutut kiri. Mangsa dihantar  ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut,” katanya .

Beliau berkata kemalangan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap arahan pergerakan pasukan konvoi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img