BEBERAPA orang anggota tentera Amerika Syarikat dilaporkan terbunuh dalam satu operasi menyelamat krew pesawat pejuang yang ditembak jatuh di Iran, menurut laporan media antarabangsa hari ini.
Rangkaian berita CGTN (China Group Television Network) memetik sumber yang menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku ketika usaha menyelamat dijalankan di dalam wilayah Iran.
Menurut laporan itu, sumber yang dikaitkan dengan United States Central Command mengesahkan bahawa dua pesawat bersama dua helikopter dari Skuadron ke-160 Tentera Amerika telah dimusnahkan dalam operasi berkenaan.
Dua pesawat yang terlibat dikenal pasti sebagai model HC-130J dan MC-130J. Kesemua aset udara tersebut dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat pertempuran sengit serta tembakan senjata ringan, berat dan mortar.
Susulan kerosakan yang dialami, semua pesawat dan helikopter berkenaan akhirnya dimusnahkan di darat selepas tidak lagi mampu untuk beroperasi atau terbang.


