Anthony Loke umum letak jawatan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib tiba di rumah

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya untuk tahanan rumah.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan (MoT) di Putrajaya sebentar tadi, lapor BH.

Anthony mengesahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib tiba di kediamannya bagi menjalani tahanan di rumah.

“Saya difahamkan pembayaran RM50 juta itu telah pun diselesaikan di Mahkamah Tinggi pagi tadi.

“Walaupun terdapat laporan media mendakwa Najib telah meninggalkan Penjara Kajang, Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) mengesahkan dia dihantar ke klinik pergigian dahulu untuk pemeriksaan yang dijadualkan (dan belum dihantar pulang ke rumah),” katanya.

Anthony dilantik sebagai Menteri Pengangkutan pada 2022 pernah mengumumkan peletakan jawatannya itu pada September, selepas Najib dikurniakan pengampunan bersyarat.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, pendiriannya tidak berubah dan akan mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendesak Anthony yang sebelum ini pernah berjanji akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya Najib pulang menjalani perintah tahanan di rumah.

Pada 29 September lalu, Setiausaha Agung DAP itu dilaporkan berkata, beliau sudah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun diminta untuk terus memegang jawatan itu buat sementara waktu.

Ahmad Zahid berkata, Anthony sepatutnya meletakkan jawatan serta-merta sekiranya Najib dibebaskan dari Penjara Kajang untuk menjalani hukuman tahanan di rumah hari ini.

“Saya harap beliau akan menunaikan janjinya, saya berpendapat perkara ini bukan sekadar kenyataan politik.

“Beliau mesti berbuat demikian serta-merta sekiranya Datuk Seri Najib dibebaskan hari ini,” katanya dalam sidang media di Turkiye hari ini.

Media hari ini melaporkan, Najib dibebaskan dari penjara selepas menjelaskan denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here