Anugerah diterima Sharifah Hapsah satu pengiktirafan antarabagsa – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengiktirafan antarabangsa yang diterima Prof. Emerita Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin membuktikan keupayaan dan sumbangan wanita Malaysia terus diiktiraf di peringkat dunia.

Katanya melalui Facebook beliau, pengurniaan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial oleh Raja Permaisuri Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menyerlahkan ketokohan wanita Malaysia dalam pelbagai bidang.

“Saya dan Azizah mengucapkan tahniah kepada Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin atas pengurniaan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial oleh Raja Permaisuri Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah menyerlahkan ketokohan, keupayaan dan sumbangan besar wanita Malaysia yang terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa,” katanya..

Beliau berkata, pengiktirafan itu diharap menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk terus menyumbang melalui ilmu, kepimpinan dan nilai ihsan dalam usaha membina masyarakat serta menjayakan agenda Malaysia MADANI.

Anwar  memberi jaminan kerajaan akan terus memperkukuh usaha memperkasa wanita melalui peluasan peluang penyertaan dalam pelbagai sektor.

‘’Jentera MADANI pimpinan saya akan terus berusaha memartabatkan peranan wanita, memperluas peluang penyertaan mereka dalam pelbagai bidang, serta memastikan bakat, kepimpinan dan potensi wanita terus diperkasa sebagai antara tunjang utama pembangunan negara,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img