Anwar genap empat tahun jadi Perdana Menteri, tekad terus bela nasib rakyat

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmennya untuk terus membela nasib rakyat dan mengangkat martabat negara sempena genap empat tahun beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri hari ini.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, amanah mengemudi negara sejak 24 November 2022 bukan suatu perjalanan mudah, terutama ketika Malaysia berdepan tekanan ekonomi, kekangan kewangan serta peningkatan kos sara hidup.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sekian lama berakar turut menuntut keberanian untuk melaksanakan perubahan.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Sejak hari pertama melangkah masuk ke Perdana Putra, tekad saya adalah untuk memulihkan negara dan memperbaiki kehidupan rakyat. Bukan suatu perjalanan yang mudah, tetapi amanah ini mesti terus digalas dengan penuh kesungguhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, sepanjang empat tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, beberapa usaha telah dilaksanakan bagi memperkukuh asas negara termasuk memperkemas kedudukan kewangan, memperbaiki tatakelola serta menggerakkan reformasi institusi.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, kebajikan rakyat juga terus menjadi antara keutamaan kerajaan dalam usaha memastikan kemajuan negara dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, katanya, perjalanan untuk mencapai matlamat berkenaan masih jauh dan pelbagai usaha perlu diteruskan bagi memastikan kehidupan keluarga lebih baik, sumber rezeki terjamin serta masa depan anak-anak lebih terbela.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Saya sedar bahawa ukuran sebenar kemajuan negara adalah apabila kehidupan setiap keluarga menjadi lebih baik, rezeki lebih terjamin dan masa depan anak-anak lebih terbela. Itulah yang sedang kita perjuangkan.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan asas yang telah kita bina, saya yakin kita mampu melangkah lebih jauh, meringankan beban rakyat dan membuka lebih banyak ruang serta peluang yang adil untuk semua,” katanya.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat atas kesabaran, teguran, doa dan kepercayaan yang diberikan sepanjang tempoh pentadbirannya.

Anwar berkata, selagi diberikan amanah sebagai Perdana Menteri, beliau akan terus mencurahkan segala usaha demi kepentingan rakyat dan negara.

“Perdana Menteri boleh datang dan pergi, tetapi nasib rakyat mesti terus dibela, dan martabat negara mesti terus diangkat,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here