Anwar mahu Felda terus perkukuh martabat peneroka

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu terus diperkukuh sebagai institusi yang mengangkat martabat peneroka serta keluarga mereka.

Beliau berkata, kebajikan setiap generasi peneroka perlu berjalan seiring dengan usaha memperkukuh daya saing ekonomi dan kelestarian Felda, termasuk memberi perhatian terhadap isu yang dihadapi generasi baharu.

“Saya yakin dengan amanah yang dipikul, saudara Ahmad Badri mampu meneruskan agenda pemulihan dan pengukuhan Felda.

“Kerajaan MADANI akan terus memberikan sokongan penuh demi memastikan institusi rakyat ini terus maju dan kekal relevan untuk generasi akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan Pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir di Putrajaya, semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img